Monday, July 18, 2011

perginya seorang PENCINTA AGAMA


KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.

"Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily.

sumber: harakahdaily

Al-Fatihah...

Friday, July 15, 2011

thinking of you....

bila umur-umur baya saya ni, apa yang difikirkan antaranya inilah....

ANAK...
A.N.A.K

so, just enjoy what I've prepared for you...melihat anak yang tiada terbeban dengan dosa dan pahala, menjadikan kita sangat tenang..kehadiran mereka memang sebuah anugerah dari ALLAH..

tapi manusia ada yg salah faham...ada anak atau tidak bukan menjadi penanda aras kita dicintai ALLAH atau tidak...anak adalah salah satu ANUGRAH dari berjuta-juta anugerah dari ALLAH...

tazkirah dari sahabat..


[Merasai kehadiran ALLAH dalam hati menjadikan kita sentiasa ada teman walaupun keseorangan. Kosongnya hati kita dari mengingati ALLAH swt akan membuatkan kita kesepian walaupun berada di tengah ramai orang..jadi, penuhilah hati kita dengan mengingatiNYA..moga hidup kita sentiasa terisi dengan kasih rahmatNYA..]

pagi semalam saya dapat SMS dari seorang sahabat lama..alhamdulillah, rasa berbekas sms tu pada saya..terima kasih sahabat..maaf sebab tak dapat nak balas balik sebab saya takde kredit..huhu..sekadar berkongsi pada insan-insan yang singgah ke blog ni..maaf sebab tak banyak yg dapat saya kongsi dengan semua. hati kosong tanpa jiwa..dada kosong tanpa ilmu..diri kosong tanpa pengalaman-pengalaman yg berbuah rasa...