Saturday, February 13, 2010

MASIHKAH SENYUMAN ITU TERUKIR?


dah sebulan lebih aku update blog ni. terasa benar ruginya. banyak yang terlepas untuk dicatat dalam diari abad 21 ini.diari yg boleh diaccess oleh sesiapa yg mahu membacanya..tanpa mengira pembaca berniat baik atau buruk kpdku.semuanya boleh membacanya dan meninggalkan pandangan untuk aku memperbetul persepsi yg terkadang mungkin kurang tepat pada sebuah kehidupan..

buat waktu sekarang ini, aku sedang berada jauh dari realiti yang sebenarnya aku perlu hadapi..

sesungguhnya saat yang sedang aku hadapi sekarang sangat sukar rasanya. dalam pada aku sedang hidup. menyelesaikan amanah2 berbaki, dibelakangnya terdapat ujian yang sedang menarik aku kuat..ujian itu cukup kuat sehingga mampu menghentikan langkah2 dalam kehidupanku..dengan adanya ia, aku sememangnya sudah tidak berdaya untuk meneruskan amnanah2 berbaki itu dengan cukup baik.

JANGAN SALAH SANGKA....

Teruskan membaca..

Aku bukan putus asa. Apatah lagi menyalahkan ketentuan yang aku sendiri sedar dari mana datangnya. Dari KEKASIH SEJATI. KEKASIH yang memberikan aku SEBAB untuk aku terus. TanpaNYA, there's no point to be here. Aku cukup redha dengan UJIAN yang menimpa ini. Buktinya, aku masih meneruskan kehiduoanku seperti biasa. Aku masih sujud menyembah Rabb yang sentiasa mendengar rintihanku saban waktu. Dan aku akan terus hidup. Tidak mengharapkan kehidupan ini berakhir sebagai jalan terakhir lari dari ujian ini. KEHIDUPAN ini perlu masih diteruskan.

CUMA...

Dalam berjalannya waktu, dalam menimbang segala yang perlu, aku serba salah dalam dilema. samada aku perlu terus memegang amanah-amanah yang telah aku BERSUMPAH padaNYA untuk kuat melaksanakannya dengan tubuh dua keratku..kerana dalam pada ini, aku berasa cukup bersalah pada semua teman-teman seperjuanganku kerana kesan dari kegagalanku menghadapi UJIAN itu, ia sangat memberi kesan yang buruk pada kerja-kerjaku. segalanya tampak muram dan bertampung kelemahan sana dan sini. kerja yang tidak diberkati. mungkin kerana dosa-dosa yang membelengu diri memberi impak yang sangat buruk pada hasil kerjaku..Aku terpaksa untuk mempertimbangkan semuanya. Kerana aku bimbang apa yang aku katakannya sebagai MEMBERI akan bertukar menjadi MENGAKIS atau MENCURI atau segala istilah yang menunjukkan kesan yang negatif.

BAGAIMANA INGIN SENYUM dan MENGANGKAT MUKA

Aku benar-benar tidak pasti dengan reaksi org lain jika mereka juga mnerima ujian sepertiku ini. Namun aapa yang pasti, aku tidak mahu menjadi sebahagian dari mereka yang gagal dalam berhadapan dengan ujian ini. berapa ramai insan di sekelilingku yang juga sepertiku, gagal dalam menghadapi ujian ini, lari jauh dari jalan kebenaran. Wal'iyazubillah...Aku berlindung darinya dari semua itu. Biar berapa jua harga yang perlu aku bayar untuk UJIAN ini, aku akan berikan segala-galanya bagi memastikan REDHANYA tercapai..

Entahlah..memang aku sudah tak mampu nak senyum..juga malu nak mengangkat muka kepada umum dengan apa yang sedang terjadi. beratnya hanya ALLAH yang tahu. Aku ingin bertanya kepada kalian.. Andai kalian ditimpa ujian yang bakal menjadikan kalian tergelinciri dari senarai hamba-hamba yang dicintai ALLAH, andai kalian diuji dengan sesuatu yang bakal membawa kalian kepada kebinasaan dunia dan akhirat, adakah kalian masih punya rasa untuk senyum dan hidup gembira?

DOAKAN AKU!

p/s : maaf kepada semua. tulisanku agak tidak tersusun. ini yang terbaik yang mampu aku tulis.

Wednesday, January 6, 2010

BULAN AIR MATA


Salam Seuntai Cinta buat Rabb dan perintis JalanNYA, Nabiyyu Sallahu ‘alaihi wasallam…

Biar sekejap dan sedikit, aku curi juga masa yg sememangnya bertindan dan bertindih ini untuk menulis seseuatu dalam blog ABU HANZALLAH ini. Moga terubat bila terbaca pada kunjunganku akan datang..

Baru beberapa minit post shout out baru untuk Facebook…

terkedu pada sebuah CINTA yang dititipkan ALLAH buat diri yg hina ini...

BULAN NI adalah BULAN AIR MATA..

air mata syukur atas nikmat CINTA kepada AGAMA..

air mata takut pada gugurnya iman dek kerana dosa2 besar yg menghancurkan hati..

air mata tawakkal pada segala amanah yg tertanggung sekarang..

air mata harapan pada...

sebuah keampunan dan perlindungan KEKASIH SEJATI..

YA ALLAH, bimbinglah kami..

Ia melambangkan perasaan dan gentar hatiku sekarang. Jazakallah buat akh razak yang kebetulan belajar bersama di musolla semalam. Perkongsian yg sangat membantu. Dengan izin ALLAH, banyak memberi aku satu penyelesaian baru pada CABARAN ku..(rasa lebih tenang menggelarkan masalah sebegitu)

Kalau akh Razak tak ajak aku berbual, aku yakin 100% aku takkan sempat menjengah kepada CABARAN-CABARAN yg sedang melanda aku sekarang. Ah, masalah..semua orang pasti dan bias menerimanya. Yang paling penting adalah persepsi kita tentang masalah tersebut. Baik atau buruk..yup, aku kira aku sangat professional dalam mengasingkan sesuatu perkara dengan perkara yg lain. Masalah itu masalah..Cuma bagaimana kita handle denganya.

Isu penggunaan nama ALLAH swt-sama telahanku..


Kalau kira isu semasa yg sedang berlaku sekarang, penggunaan nama ALLAH oleh Kristian/katolik menjadi isu hangat yg sedang diperjuangkan oleh UMNO..Wah, herolah mereka sekarang ni. Namun, ringkasnya memang ada dalang dan agenda tersembunyi UMNO atas isu ini. KURANG AJAR betul! Celakalah mereka yang memang berniat jahat kepada umat Islam..maaf sangat, aku tak sempat nak teruskan memberi penerangan. Cumanya apa yang berlaku sekarang, UMNO sedang menunggu untuk makan duri yang merka sendiri letak pada jalan perjuangan Islam..


Ni First time untuk semester ni aku TERSENGGUK-SENGGUK waktu online dalam comlab lak tu.=)

Apa saja untukmu ISLAM.

Monday, January 4, 2010

SEUNTAI KATA DAN RASA AWAL 2010 MASIHI


Bukan tak terasa tahun 2010 sudah bertamu dan kenangan 2009 semakin menggamit di belakang, meminta-minta dikenang dan dirakamkan memorinya…ya, masa itulah sempadannya yang menghalang. Bukan menyalahkan masa yang sentiasa patuh pada arahan PENCIPTAnya, namun sedikit kalah dengan perjalanan masa. Aku belum jua mampu menjadi hamba yang tersusun hidupnya. Masa 24jam yang ALLAH kurniakan, belum sempurna ku lunaskan setiap saat dengan peng’abdian tulus buatNYA..

Melawat-lawat blog teman-teman sejalan, menjengah kehidupan mereka dan menilai kehidupan sendiri…terasa sangat jauh aku dengan mereka..tarbiyyah yang ALLAH sediakan kepada aku belum mampu menandingi mereka. Ya, ujian yang aku terima teramatlah sedikit jika ingin dibandingkan dengan mereka. Tak hairanlah kalau mereka hebat dipandanganku..bukan hebat tak hebat yang ditekankan..

namun setiap insan bergelar hamba ALLAH perlu sedar bahawa setiap ujian yang datang dari ALLAH buat hambaNYA sebenarnya akan menjadikan kita hamba yg lebih berkualiti dalam hidup..tak kiralah ujian berbentuk kesenangan atau berbentuk kesusahan..segalanya baik untuk kehidupan kita. Cuma, terkadang kita harus belajar melihat HIKMAH tersebut. ALLAH takkan datangkan seketul pada kita didepan mata. Semuanya memerlukan muhasabah dengan melihat melalui mata hati..

ALLAH..melalut-lalut dah aku ni. Banyak perkara yg berlaku namun belum sempat aku kongsikan di sini. Musafir ke gombak, ekspedisi dakwah tahun baru 2010, kesibukan melampau semester ni, semuanya dalam minda. Cuma belum berkesempatan sungguh untuk didokumentasikan..tengoklah sehari dua lagi..

Apa yg aku harapkan hanyalah moga aku mampu menggunakan blog ni semaksima mungkin untuk aku terjemahkan apa yg terbuku di ruang hati ini. Sekadar berkongsi dengan generasi terkemudian. Moga2 yg baik bisa dibawa bekal pengajaran..yang buruk disusun menjadi sempadan..memaknakan 10 muwasafat tarbiyyah yang kesepuluh…

BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN