Wednesday, May 5, 2010

konvensyen gerakan menyuburkan BUMI ALLAH swt




Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Lajnah Dakwah dan Pembela Islam Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan konvensyen Gerakan Islam dan Persaingan Demokrasi pada 22 Mei di hotel D'Palma Ampang.

Program tersebut anjuran bersama Adun Chempaka, Iskandar Abd Samad.

Menurut Pengerusinya, Ustaz Riduan Mohamad Nor, matlamat konvensyen untuk menganalisis kekuatan dan kelemahan gerakan Islam dalam persaingan demokrasi abad ke 20 hingga 21.

Ia juga, katanya untuk menjana kekuatan intelektual dalam gerakan Islam selain mendedahkan pengalaman gerakan Islam seluruh dunia yang terlibat dengan persaingan kuasa rejim negara masing-masing.

Program tersebut menjemput tokoh gerakan Islam daripada PAS, Ikhwanul Muslimin, Parti Sejahtera (PKS) Indonesia serta tokoh akadmik yang membuat pengkhususan dalam bidang gerakan Islam.

Yuran pendaftaran sebanyak RM30 seorang termasuk makan dan kertas kerja.

Program bermula 8 pagi hingga 3.30 petang segala pertanyaan hubungi Nik 019-3238455.

p/s : saya berada dalam dilema..samada mahu melepaskan peluang 'seemas' ini ke konvensyen gerakan islam atau mahu menarik diri dari janji dengan azhar, fahmi dan adik2 SMKAS untuk turun ke sekolah...YA ALLAH, pandu keputusanku..

Saturday, May 1, 2010

cinta yang dinanti..bunga kembang datang memujuk hati...melunaskan rindu yang berbaki


subhanallah walhamdulillah allahu akbar

hanya kalam ini mampu dilafazkan bg memulakan seribu kesyukuran dan berkalung-kalung tahniah buat sahabat sejalan, AKH SYAHID dan UKHT AMALINA atas kurniaan amanah buat kalian, MUJAHIDATAIN ALYA SYAHIRAH dan ALYA SYUHADA...kelahiranmu di atas pertemuan dua jiwa menuntut RedhaNYA..moga kehidupan kalian beroleh BARAKAH dan CINTA yang berpanjangan.. hasil usaha WALID dan UMMI kalian bermujahadah membina permulaan yang baik buat kalian.. moga saat ini bakal mengingatkan kalian seumur hidupmu..betapa kelahiran kalian dinanti..bagi meneruskan cita-cinta kami..untuk melihat ISLAM kembali diletakkan di SINGGAHSANA kemuliaan..melihat ALLAH dicintai sepenuh hati..melihat jiwa HAMBA dihayati selayaknya..

aku akan membantu kalian supaya sentiasa mengingatkan saat ini..saat cinta yang dinanti..saat bunga yang kembang datang memujuk hati..melunaskan rindu yang berbaki